Mamanieh itula gelaran kami buat si raja muara bernama siakap,kerana ikan ini betul betul membuat para pengilat naik hantu bila terkenangkan larian padunya.sekali lagi penulis berjaya mendaratkan Mamanieh yang ke 7 pada tahun ini dengan gewang dan yang ke 13 untuk keseluruhan dengan gewang jugak.Tidak disangka pada hari sabtu sekali lagi penulis mendapat rembatan padu dari ikan ini,dengan berumpankan Gewang Ofmer Shady 5cm .
Balingan di gewang di belakang batu di pagut sesuatu secara lembut..memang sah mamaniah punya angkara,sentapan kecil dibuat dan terbanglah ikan ini keudara..pehhhhh mamaniehhhhh yehaaaaaa....perlawanan jangan cakap la,memang anda mesti tau yang ikan ini mempunyai stamina dan larian yang padu,kalau x ia tak boleh dikatakan Si Raja Muara walaupun di muara terdapat spesis lain termasuk MJ,GT,Kerapu dan juga Barracuda.
Dengan bantuan Thomas ikan ini berjaya di Grip oleh penulis.Thanks Bro..
Sebelum Magrib kami semua pun berkemas dan Chowww la hehehe..mudah mudahan di lain masa ianya akan dapat dijinakkan lagi amin..Syukur ke hadrat illahi kerana mengurniakan ikan ini sebanyak 13 kali kepada saya dengan berumpankan gewang..Tiada rahsia untk mendapatkan ikan ini cuma bertawakal lah selalu,hilangkan hasrat dengki bila member lain naik ikan dan jangan nak cuba subotaj kawan sendiri..aminnnn