Salam kepada semua,
seperti di blog sebelumnya kami ni memang penggila spesis berkepala ular (snakehead),
tidak kira apa jenis snakehead pun kami belasah juga haha..cuma yang ada dilabuan ni dua spesis sahaja,iaitu Toman dan Haruan.Untuk menjaga populasi spesis ini kami telah mengamalkan kaedah C n R sejak dahulu lagi.Ikuti kisah pemburuan kami.....
Ni dia jaguh awal tahun.Awang berjaya menjinakkan Sang Raja Air Tawar labuan.Toman seberat 3kg diperdaya dengan menggunakan Spinner Bite dari jenama Ofmer kaler putih.setelah beberapa kali kecewa dengan toman akhirnya beliau mendapat trofi peribadinya..yezzzaaaaa
Penulis belum berapa bernasib baik,acap kali kecewa kerana diperdaya oleh toman.Penulis hanya mendapat Haruan@dalak menggunakan Katak Seahawk Mini Froggie.
Khalid sahabat kami tidak ketinggalan menjinakkan dalak..Ikan ini ditipu dengan popper Rapala Skitter Pop 5cm.Rapala tu Beb..yeeehaaaaaa..dia ini jugak Sifu fly..
Sekali lagi penulis berjaya mendapat dalak.kali ini di port berlainan.Port ini dinamakan Lubuk Jipun.
Baby dalak di lubuk Si Brader.
Minat kami terhadap kaedah mengilat tidak terhenti disini,pastinya kami akan terus berusaha untuk menjejaki spesis spesis lain..Good bye..
No comments:
Post a Comment