Friday 8 July 2011

Di Kala Bulan Mengembang


Di kala bulan mengembang ceeewaaaaaahhh mcm lirik lagu je kan.kalo di tengok gambar dibawah ni memang bulan ni bulan yang menyeramkan hahahha..ye la kan manala tau segala datuk nenek mamanieh keluar bersiar2 pada waktu ni kehkehkeh..tapi kami kurang mempercayai benda tersebut tapi kalau ada kompom kami cabut lari yeeeaaaaa..Seperti biasa kalau air sungai memang cun dan jatuh pula pada bulan terang @ penuh saya dan rakan akan menjadi penunggu ( mamanieh) setia di tebing sungai.Segala bentuk dan jenis gewang akan kami bawa kerana kami percaya pemburu bernama Siakap memang aktif pada waktu waktu sebegini.Ini terbukti pada tahun 2009 sebanyak 4 ekor ikan Siakap berjaya saya tumpaskan menggunakan gewang pada waktu malam.Dan pada tahun ini ada cerita lagi............


Saya ( Tuan Beck),Boy manchai dan juga Paul pergi mencuba nasib,kelihatan banyak mat mat bottom memeriahkan suasana pada malam sabtu ini.Agak lama jugak kami mencuba di lubuk cabang tiga tetapi tidak membuahkan hasil..Hanya paul smith sorang yang berjaya di lubuk tersebut dengan berjaya menyangkutkan gewang kesayangannya sebanyak 3 biji pada mlm tersebut..takziah di ucapkannnnn...Saya bercadang mencuba di muka sungai,kelihatan air tengah mati dan arus kejap naik kejap turun.Saya mempertaruhkan Popper Halco roosta,Rapala Shap Rap 9cm,Zerek innovations Wonder minnow,Rapala Husky Jerk 13cm,Rapala Magnum 9cm..Setelah beberapa kali membuat pertukaran gewang terdetik di hati saya untuk menggunakan Rapala Shad Rap 9cm HS,sebab gewang ni x penah pun turun air hahahah..dalam 5x balingan menuju je tebing berbatu ianya di ragut sesuatu dengan lembut,dengan membuat 2x sentapan ikan itu seakan menggila daaaannnnn memang sah ini kerja Sekap.Dan dengan sedikit pengalaman saya berjaya mendaratkan si raja muara tersebut..aminnnn...


Dengan bangga penulis menjulang trofi ke 6 pada tahun ini dan ke 12 dalam hidupnya dengan teknik casting..Alhamdulilah..



Tak puas puas nak bergambar la budak ni..



Gewang Rapala Shad Rap 9cm memang ampuh digunakan...TERIMA KASIH KEPADA TACKLE WORLD LABUAN kerana berjaya mendapatkan gewang kegemaran saya ini..




Reel Baitcaster yang jarang saya gunakan tetapi dah 3 ekor Siakap berjaya saya tumbangkan dengan menggunakan Khidmat mesin ini..

1 comment:

  1. hye .salam..leh sya tahu jenis reel saudara guna..ingat nak cari utk buat koleksi.sya cuma ad satu lpbc bran abu...itulah ke laut itlah ke lombong.hehehehe.minta tolong ye saudara..

    ReplyDelete