Friday 22 April 2011

MJ Lubuk Puaka Wa'aini


Awal pagi tadi,aku ( penulis ) dan Boy sahabat setiaku sudah awal awal pagi bertenggek di tebing sungai.Trip dirancang memandangkan keadaan air di sungai begitu cantik sekali.Pada mulanya kami mencuba di muka sungai.Tetapi hampir sejam kami mencuba teda respon dari penghuninya.Kami pun berpindah ke lubuk Puaka ( Gelaran yang diberikan oleh si boy ).Sesudah hampir panjang tanganku membaling gewang tergerak di hati ingin mencuba di belakang Container Usang.


Dengan Berbekalkan Gewang kesayangan Rapala Jenis Shad Rap Shallow Runner 7cm 1st Castku bersambut.Pada mulanya ikan mengikut sahaja tetapi apabila di pertengahan air si ikan mula menggila.Nasib baik juga Drag Shimano Chronarch ini telah di ubah suai oleh Bro Ridwan,memang bagus drag seperti ini kerana ia begitu smooth bila menentang ikan sekuat ini.Beberapa pecutannya menuju kesarang dapatku patahkn ceeewaaaahhhh..dan juga beberapa kali ku menghelanya ketebing tetapi masih juga memecut kesana kemari..Mungkin tekejut melihat kekiutan senyumanku hahahahahahahah uuweeeekkkkkkk!!!..




Akhirnya MJ besize Mama di grip dengan selamat.yeeehooooooo!!!!!Inilah Rekod 2011 ku.Gandingan Major Craft Basspara 10-16lbs+Shimano Chronach 100BSV+Varivas Avani 23lbs+Berkley Vanish 20lbs+Rapala Shad Rap Shallow Runner Bleeding Copper Flash 7cm = MJ 2.2 lbs heheheh..


Cukup cantik kaler MJ kali ini..Tetapi ketika hendak bergambar dengannya MJ ini sempat tekirit dan habis semua tahinya terkena baju n seluarku..Rupanya tahi MJ ni berbau mcm tahi burung..waddduuuuuuuuuuuuuuu untung..


Boy juga sama handalnya apa tidaknya sekejap sahaja MJ ini terpelanting kedarat dikerjakannya..Rakussss dan dayus lelaki ini wakakakaak..MJ table size ni joo..Set digunakan juga mantap.. Abu Garcia Veritas 8-17lbs+Penn Sargus 2000+Strend braid 14lbs+Berkley Vanish 20lbs+Sure Catch Gobimaru 9cm.


Aksi Along Di lubuk berasingan.. Baby kerapu ditipunya dengan Storm Thunder Crank Gold.Semuanya Set Baru..mantap eh...


Ni Sean Guru Si along..Dia juga ndak mau kalah..lagi power sebab ia dpt Ikan Kalakidsssss.. aka GT


Ehhhhh sapa lagi mandi ni???owhh mungkin ambil berkat di awal pagi heheh..Ada lagi cerita tapi kalau ada hasil la..Doakanlah geng geng kami mendapat hasil pada trip seterusnya aminnnn...

Tuesday 19 April 2011

Rekod Barracuda Muara

Walaupun tidaklah bersize monster tapi muara muara dilabuan jarang mencatatkan Size barracuda yang gadang dengan kaedah mengilat mahupun bottom.

Barracuda ini diperolehi pada tahun 2010 sebenarnya.Rapala Tail Dancer Hot Olive 7cm menjadi pertaruhan pada kali ini.Abu Garcia hornet Stinger 8-16lbs + Shimano Culcutta 101B + Eupro EX-5 15lbs + Leader 40lbs Xzoga.


Barisan Gigi yang tajam menunjukkan bertapa Ganaznya ikan ini.


Sean berjaya mendapatkan Barracuda pada waktu malam.Sure Catch Gobimaru digunakannya,Ada lagi yang bersize besar yang diperolehinya tetapi belum sempat bluetooth gambarnya..

Dendam Yang MemBARRA


Satu tahun 4bln,itulah hakikatnya penulis kepingin hendak merasa kembali larian samba sang siakap.Setelah 2009 penulis mengharungi musim yang mengembirakan dengan tertumpasnya 6 ekor Siakap dengan berumpankan gewang,2010 penulis kurang bernasib baik dengan 0 strike dari spesis hebat ini.

Pada tahun 2011 ini penulis berjaya merasai kembali keindahan larian siakap yang diidamkannya.Syukur Alhamdulillah doa penulis termakbul jugak pada Feb 2011.Musim siakap lazimnya pada awal tahun bila tibanya musim Udang Belacan (Bubuk),tetapi berbeza pada tahun ini,bila musim udang belacan telah habis barula Sang Raja Muara ini menonjolkan dirinya.Ikuti rentetan Kejayaan Penulis dan juga Ahli LC.



Hasil pertama dari penulis,setelah kecewa pabila siakapnya terlucut balik pabila hendak di Grip,dan secara tidak sengaja penulis mendapat Strike yang kedua tidak lama selepas itu..Dengan menggunakan Rapala Shad Rap Shallow Runner 7cm Gold Fish penulis berjaya menjinakkan siakap ini.



Solid hook Up!!!!


Hasil kedua pada petangnya.Kali ini penulis tidak berkeseorangan,Khalid teman setia menemani penulis pada petang tersebut.Bacaan air 1.9 dan air mati pada ketika itu.Apabila air bergerak kembali penulis memberi tahu Khalid inilah masa yang terbaik sejurus selepas itu strike yang dinantikan muncul tiba..yehaaaaaa Barra again..
Syukur kepada tuhan kerana mengurniakan Siakap kedua pada hari yang sama.


Kali ini Rapala Clackin Rap Minnow 9cm Parrot menjadi pembunuh pada petang tersebut.


Seminggu selepas itu penulis mendapat Size yang didampakannya.Siakap Seberat 4kg kalau ikut bacaan Si ajin pare are 8.8lbs katanya hahahahahahah


Umpan digunakan Ofmer wisse Minnow 11cm + Lemax Storm Lagend 6-15lbs+Okuma Trio 20+Stren braid 14lbs pehhh..cukup puas melayan dengan menggunakan Set sebegini.

Dengan gembira penulis menjulang Trofinya yaaaaaaahhh!!

2 minggu berselang.sekali lagi penulis menjinakkan Siakap bersize Rempit..Kali ini menggunakan Rapala Shad Rap silver flash 7cm.


Awang mendapat Siakap menggunakan Soft Plastik Berkley.Walaupun bersize baby tapi siakap tetap siakap...hehehe



Amir sisi ak.a.k.a Wai long.Ini bersize gadang.Beliau menggunakan Pencil Bite Eupro 7cm yang diwarnakan semula.Siakap hampir 5 kg ini memberikan pertarungan yang sengit kepadanya.Sudah nyangku lauk salunsung ani kuat,nda ko picayakan!!!!!heheheh



Inilah antara rentetan dari hasil kami.Di harap ada lagi hasil sebegini selepas ini.Kegilaan kami terhadap Siakap akan disemat didalam hati sampai bila bila.Terima kasih atas sokongan moral dari kawan kawan

LC Menerjah Sarang MJ


Mj merupakan salah satu spesis ikan yang begitu digeruni di muara selain Siakap dan juga Tembaring.Bagi team kami kaedah mengilat adalah yang terbaik untuk menjejak spesis ini.Tempat permainan Mj selalunya di reba reba kayu,tetapi di sungai ini reba kayu amat kurang,tetapi ianya digantikan dengan bongkah bongkah batu semulajadi dan juga bongkah batu dari pembinaan tembok di Muara ini.Gewang????Mj x memilih sangat,asalkan anda rajin mencuba dan pelbagaikanlah teknik anda,Pernah juga saya mendapat MJ menggunakan popper dan rakan saya menggunakan pencil.

Hasil dari penulis.Mj terpedaya dengan gelekan Ofmer Wise minnow 11cm.Gandingan Major Craft Basspara 10-16lbs dan juga Shimano Chronarch 100 BSV bukanlah  tandingan bagi MJ size seperti ini.Tetapi ketika hendak melepaskan ikan ini penulis telah tergolek jatuh kedalam sungai tanpa rela hati,dan dengan selamba naik ke darat dengan tangan yang luka lalu di lambaikn tangannya yang berdarah kepada Awex yang tercenggang melihat aksi panas penulis tergolek..padan mukaaaaa....


Ni sorang lagi Geng LC yang baru register.Blm sampai sebulan belajar Casting sudah dapat Lesen MJ yang Bagak.Ajin mendapatkan MJ ini menggunakan Gewang Hinomiya sahaja..tengoklah giginya??sama macam MJ juga hahahahahahahaha....rantai emas yang dipakainya adalah azimat untuk mendapatkan spesis spesis bedukang dan ikan lapu..



Ehemmm..penulis berjaya menjinakkan MJ dengan gewang Sponsor..Sponsorrrr beb!!yeeehaaaa...Gewang ROD N FORD entah apa nama aku pun lupa..Set casting pun pinjam Awang punya,sebab penulis hanya membawa gewang Popper sebatang dan juga batu ladung 2 biji yeezaaaa...


Solid Hook up..


Sekor lagi Mj,tapi ini bersize Baby,Gewang Ofmer ntah apa nama tapi cukup Killer.Mungkin pasal Kler dia kot.



Ada cerita lagi...tetapi diepisod akan datang...

Monday 18 April 2011

Raigyo Malaya 2011

Salam kepada semua,
seperti di blog sebelumnya kami ni memang penggila spesis berkepala ular (snakehead),
tidak kira apa jenis snakehead pun kami belasah juga haha..cuma yang ada dilabuan ni dua spesis sahaja,iaitu Toman dan Haruan.Untuk menjaga populasi spesis ini kami telah mengamalkan kaedah C n R sejak dahulu lagi.Ikuti kisah pemburuan kami.....

Ni dia jaguh awal tahun.Awang berjaya menjinakkan Sang Raja Air Tawar labuan.Toman seberat 3kg diperdaya dengan menggunakan Spinner Bite dari jenama Ofmer kaler putih.setelah beberapa kali kecewa dengan toman akhirnya beliau mendapat trofi peribadinya..yezzzaaaaa


Penulis belum berapa bernasib baik,acap kali kecewa kerana diperdaya oleh toman.Penulis hanya mendapat Haruan@dalak menggunakan Katak Seahawk Mini Froggie.


Khalid sahabat kami tidak ketinggalan menjinakkan dalak..Ikan ini ditipu dengan popper Rapala Skitter Pop 5cm.Rapala tu Beb..yeeehaaaaaa..dia ini jugak Sifu fly..



Sekali lagi penulis berjaya mendapat dalak.kali ini di port berlainan.Port ini dinamakan Lubuk Jipun.



Baby dalak di lubuk Si Brader.


Minat kami terhadap kaedah mengilat tidak terhenti disini,pastinya kami akan terus berusaha untuk menjejaki spesis spesis lain..Good bye..


Jom Pegi Laut


Penjelajahan kami di sebuah kelong usang telah disambut meriah oleh beberapa spesis ikan.Ikuti rentetan cerita dan aksi aksi kami ketika kunjungan ke lubuk tersebut.



Hasil Amir long,GT anggaran 1kg membedal Rapala Skitter Walk 11cm.


Awang jugak tidak ketinggalan mempamirkan kehebatan beliau menewaskan sang Todak 


Lagi GT dari Amir long.Gobimaru menjadi pertaruhan beliau


Hasil penulis,sekor kerapu membedal Storm Thunder Crank beliau.Ikan sama size dengan gewang yeeehaaa


Akhirnya dapat juga renew lesen 2011.Penulis berjaya mendapatkan GT dengan menggunakan Rapala Skitter prop FT 7cm.


                                                                     Double strike



Awang berjaya dengan SP


Yahya jugak mempamirkan kehebatannya pabila berjaya menumpaskan GT dengan Storm Chug Bug,weeewwittt...

Nantikan hasil seterusnya dari kami..