Wednesday 6 July 2011

Ledakan Top Water Di hujung Minggu


Top water,sememangnya menjadi gewang kegemaran bagi kebanyakan caster...antaranya popper.Bagi saya gewang Crank bite ataupun minnow lebih kerap saya gunakan,tetapi sekali sekala top water menjadi pilihan saya.Pada hujung minggu yang lalu saya bersama beberapa ahli LC pergi menjejak MJ di lubuk Puaka.Trip ini turut disertai ahli Cromok Caster iaitu Abg Mazlie.Seperti biasa spot yang menjadi kegemaran saya ialah di belakang bongkah batu yang besar...setelah mencuba beberapa kali menggunakan Minnow teda sambaran diterima.Saya bertukar kepada Rapala Skitter Pop 7cm Fire Tiger.X sampai 5 minit bermain dengan popper tiba2 pommmmmmmmmmmmmm!!!!!! gewang itu lenyap dari pandangan.Sentapan dibuar beberapa kali dan adegan tarik menarik dilakukan..MJ gemuk ini sempat masuk ke bawah batu  tapi dengan tenang ianya dapat dipujuk keluar..dan akhirnya ianya selamat di grip oleh awang tagal.



Set digunakan Abu Garcia Hornet Stinger 8-16lbs + Shimano Curado 51E + Strend Braide 14lbs + Berkley Varnish Fluoro Carbon 30lbs + Rapala Skitter pop 7cm FT = MJ 800g.


Pada minggu berikutnya saya ,Boy dan Paul Smit mencuba2 menjejak Barramundi.3 kali kami berpindah lubuk akhirnya lubuk bawah menjadi lubuk terakhir kami mlm itu..jam menunjukkan 2.30pg,mata sudah mengantuk tetapi penulis dengan bersemangat menghayun poppernya ke segenap penjuru.dan tidah disangka2 balingan popper di tempat cetek disedut oleh sekor siakap remaja.Pehhh memang best la...


Set digunakan   Golden Mean Green Arrow 10-16lbs + Shimano Culcutta 101B + Strend Braide 14lbs + 30lbs Fluoro carbon + Rapala Skitter pop 9cm.

No comments:

Post a Comment