Tuesday 19 April 2011

LC Menerjah Sarang MJ


Mj merupakan salah satu spesis ikan yang begitu digeruni di muara selain Siakap dan juga Tembaring.Bagi team kami kaedah mengilat adalah yang terbaik untuk menjejak spesis ini.Tempat permainan Mj selalunya di reba reba kayu,tetapi di sungai ini reba kayu amat kurang,tetapi ianya digantikan dengan bongkah bongkah batu semulajadi dan juga bongkah batu dari pembinaan tembok di Muara ini.Gewang????Mj x memilih sangat,asalkan anda rajin mencuba dan pelbagaikanlah teknik anda,Pernah juga saya mendapat MJ menggunakan popper dan rakan saya menggunakan pencil.

Hasil dari penulis.Mj terpedaya dengan gelekan Ofmer Wise minnow 11cm.Gandingan Major Craft Basspara 10-16lbs dan juga Shimano Chronarch 100 BSV bukanlah  tandingan bagi MJ size seperti ini.Tetapi ketika hendak melepaskan ikan ini penulis telah tergolek jatuh kedalam sungai tanpa rela hati,dan dengan selamba naik ke darat dengan tangan yang luka lalu di lambaikn tangannya yang berdarah kepada Awex yang tercenggang melihat aksi panas penulis tergolek..padan mukaaaaa....


Ni sorang lagi Geng LC yang baru register.Blm sampai sebulan belajar Casting sudah dapat Lesen MJ yang Bagak.Ajin mendapatkan MJ ini menggunakan Gewang Hinomiya sahaja..tengoklah giginya??sama macam MJ juga hahahahahahahaha....rantai emas yang dipakainya adalah azimat untuk mendapatkan spesis spesis bedukang dan ikan lapu..



Ehemmm..penulis berjaya menjinakkan MJ dengan gewang Sponsor..Sponsorrrr beb!!yeeehaaaa...Gewang ROD N FORD entah apa nama aku pun lupa..Set casting pun pinjam Awang punya,sebab penulis hanya membawa gewang Popper sebatang dan juga batu ladung 2 biji yeezaaaa...


Solid Hook up..


Sekor lagi Mj,tapi ini bersize Baby,Gewang Ofmer ntah apa nama tapi cukup Killer.Mungkin pasal Kler dia kot.



Ada cerita lagi...tetapi diepisod akan datang...

No comments:

Post a Comment