Tuesday 19 April 2011

Dendam Yang MemBARRA


Satu tahun 4bln,itulah hakikatnya penulis kepingin hendak merasa kembali larian samba sang siakap.Setelah 2009 penulis mengharungi musim yang mengembirakan dengan tertumpasnya 6 ekor Siakap dengan berumpankan gewang,2010 penulis kurang bernasib baik dengan 0 strike dari spesis hebat ini.

Pada tahun 2011 ini penulis berjaya merasai kembali keindahan larian siakap yang diidamkannya.Syukur Alhamdulillah doa penulis termakbul jugak pada Feb 2011.Musim siakap lazimnya pada awal tahun bila tibanya musim Udang Belacan (Bubuk),tetapi berbeza pada tahun ini,bila musim udang belacan telah habis barula Sang Raja Muara ini menonjolkan dirinya.Ikuti rentetan Kejayaan Penulis dan juga Ahli LC.



Hasil pertama dari penulis,setelah kecewa pabila siakapnya terlucut balik pabila hendak di Grip,dan secara tidak sengaja penulis mendapat Strike yang kedua tidak lama selepas itu..Dengan menggunakan Rapala Shad Rap Shallow Runner 7cm Gold Fish penulis berjaya menjinakkan siakap ini.



Solid hook Up!!!!


Hasil kedua pada petangnya.Kali ini penulis tidak berkeseorangan,Khalid teman setia menemani penulis pada petang tersebut.Bacaan air 1.9 dan air mati pada ketika itu.Apabila air bergerak kembali penulis memberi tahu Khalid inilah masa yang terbaik sejurus selepas itu strike yang dinantikan muncul tiba..yehaaaaaa Barra again..
Syukur kepada tuhan kerana mengurniakan Siakap kedua pada hari yang sama.


Kali ini Rapala Clackin Rap Minnow 9cm Parrot menjadi pembunuh pada petang tersebut.


Seminggu selepas itu penulis mendapat Size yang didampakannya.Siakap Seberat 4kg kalau ikut bacaan Si ajin pare are 8.8lbs katanya hahahahahahah


Umpan digunakan Ofmer wisse Minnow 11cm + Lemax Storm Lagend 6-15lbs+Okuma Trio 20+Stren braid 14lbs pehhh..cukup puas melayan dengan menggunakan Set sebegini.

Dengan gembira penulis menjulang Trofinya yaaaaaaahhh!!

2 minggu berselang.sekali lagi penulis menjinakkan Siakap bersize Rempit..Kali ini menggunakan Rapala Shad Rap silver flash 7cm.


Awang mendapat Siakap menggunakan Soft Plastik Berkley.Walaupun bersize baby tapi siakap tetap siakap...hehehe



Amir sisi ak.a.k.a Wai long.Ini bersize gadang.Beliau menggunakan Pencil Bite Eupro 7cm yang diwarnakan semula.Siakap hampir 5 kg ini memberikan pertarungan yang sengit kepadanya.Sudah nyangku lauk salunsung ani kuat,nda ko picayakan!!!!!heheheh



Inilah antara rentetan dari hasil kami.Di harap ada lagi hasil sebegini selepas ini.Kegilaan kami terhadap Siakap akan disemat didalam hati sampai bila bila.Terima kasih atas sokongan moral dari kawan kawan

1 comment:

  1. bro, dimana tempat ni di labuan ? share2 dulu geng :D

    ReplyDelete